Terima Bayaran Berkala Secara Automatik Dari Akaun Pelanggan
Direct Debit membolehkan anda menerima bayaran bulanan secara terus dari akaun pelanggan. Tidak perlu kad kredit atau debit.
Kami Tidak Menahan Wang Anda
Semua bayaran pergi terus ke akaun anda. Tidak lagi perlu menunggu bayaran dijelaskan oleh payment gateway.
Tidak Perlu Top Up
Kutip bayaran terlebih dahulu, bayar caj kami bulan berikut.
Pendaftaran Mudah
Daftarkan pelanggan anda untuk DirectDebit menggunakan borang online eMandate. Apabila sudah disahkan oleh bank, anda mempunyai kuasa untuk debit terus dari akaun pelanggan setiap bulan atau minggu. Tiada borang kertas diperlukan!
Uruskan Pembayaran Dengan Mudah
Lihat dan uruskan semua data pembayaran, pelanggan dan lebih lagi di dashboard. Semua maklumat di hujung jari.
Terima Pembayaran Biasa Juga
Anda juga boleh menerima bayaran untuk transaksi tunggal dari pelanggan. Tidak semestinya bayaran berkala sahaja.
Terima Bayaran Dari Semua Bank di Malaysia
Terima bayaran dari semua bank utama di Malaysia. Tidak perlu memohon fasiliti Standing Instruction dari setiap bank.
Keselamatan Data Anda Keutamaan Kami
Kami dikuasakan oleh FPX yang mempunyai jaringan pantas dan selamat kepada semua bank di Malaysia.
Maklumat akaun dismpan dengan enkripsi 256-bit bergred ketenteraan
Semua fail dihantar menggunakan SFTP yang menjadi piawaian perbankan Malaysia
Semua pergerakan data dienkrip dengan HTTPS
Semua pembayaran disahkan dengan pengesahan 2 faktor seperti TAC & token sekuriti